Wednesday, July 28, 2010

fence

Salam, dah berapa hari tak berposting.  Hari ni KakJ nak share projek memagar kolam ikan mini yg ada kat dalam rumah. Hari tu beli pagar putih, tengok togey aje.  So apa lg kakJ godehlah dgn cat yg ada.  Banyak cat dah nak habis.  Nampak gayanya kene lah order kat Na.   Hari ni kakJ nak officiate kedai  online.  Sapa2 yang interested, bolehlah pilih mana2 projek folkart or decoupage yang ada dalam blog ni untuk diorder.  Sila2 lah hantar email.  Insyallah kakJ akan usahakan.

Saturday, July 24, 2010

Vege Folkart

Today I'm posting a new folkart project as promised.  Ok tak as a beginner?  I pick up the design from En Zahir's book.  I don't possess a lot of colors actually but l just mix and play around with whatever colors that l have. Tomorrow I'm going to share with u another folkart that I have done today but yet to be vanished. Ok then see u tomorrow! Salam.

Thursday, July 22, 2010

E-book

Sementara nak tunggu satu projek baru folkart divarnishkan, KakJ nak kongsi tentang hari penyampaian E-book kepada pelajar2 darjah lima bagi daerah Dungun di Sek Men Paka semalam, 22hb Julai.  Sebenarnya ia majlis 2 dalam 1.  Disamping E-book, juga diadakan  majlis penyampaikan Bantuan Pakaian Sekolah kepada keluarga yang layak. Ia disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Ahmad b Said.  Kira2 900 orang pelajar diiringi oleh ibu atau bapa masing2 naik kepentas untuk menerima E-book tersebut.  Kena beratur dan lamanya penantian, penatlah sikit tapi BERBALOI. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas niat untuk memperkasakan pendidikan anak2 negeri dan semoga matlamat untuk menjadikan Negeri Terengganu sebagai Anjung Ilmu terlaksana, Amin! Dipaparkan  sebahagian dari foto2 yang diambil semasa majlis tersebut.
Sebahagian dari pelajar dan ibu atau bapa masing2 yang menghadiri majlis penyampaian tersebut didalam dewan besar. Tu yang dalam dewan kira1000 orang.  Tapi kat luar sana duduk dalam canopy ada lagi.  Semuanya kira +- 3000 orang semuanya.  Ramainya...
Dif2 kehormat diatas pentas.
Tak nampak pulak gambar anak saudara Nurul Atiqah dan kak ipar ... jauh pulak.  Dah habis zoom ni. Yang kerusi kosong tu sebab tunggu giliran untuk naik ke pentas.

Sabarnya menunggu dan beratur!  Sebelum tidur dah pesan, ma kejutkan pukul 5.00 pagi Sya nak bangun awal.  Sampai KakJ siapkan breakfast pun tak nak makan - katanya dah kenyang.  Excited sangat!


Akhirnya masa yang di tunggu2 pun tiba.  Bukan main tersengeh lagi bergambar dengan YAB MB semasa diatas pentas.  Sambil pelok badan anak yang montel ni sempat lagi YAB MB pesan suruh belajar bersungguh2 dan berusaha dapatkan 5A dalam UPSR nanti.  Janji anak kapadanya 5A pasti boleh!, insyaALLAH.

Kepada pelajar2, YAB MB pesan jagalah E-book tu dengan baik dan menafaatkan ia untuk lebih berusaha dan seterusnya berjaya dalam pelajaran.

Tuesday, July 20, 2010

Pantai Paka

Hari ini tak ada apa2 projek sbb hari ni cuti bagi negeri Ganu.  Hari Keputeraan Sultan Terenggamu.  Sibok mencuci kedai yg dimasuki air masa hujan lebat baru2 ni. KakJ kerahkan anak2 sekali menolong.  Sungguh letih, balik rumah terus flat.  Tp budak2 biasa lah banyak tenaga lg.  Tu yg sempat ambik gambar kat kawasan pantai depan rumah kakJ.  Lihatlah betapa cantiknya sebahagian dari pantai negeri Terengganu ni.  Tu baru sikit, nanti bila2 senang kakJ akan paparkan pantai dari daerah Kemaman hinggalah ke Besut. InsyaALLAH. Jom tengok gambar2 kat bawah ni.

 
Orang ramai mengambil kesempatan cuti.  Rilex dan tenangkan fikiran!


  
Membelakangkan camera ini anak KakJ.  Geramnya tengok air, tapi ma dah pesan JANGAN main air.  Baca label amaran betul2 dan ikut arahan!


 
Matahari dah nak terbenam.

Ini yg kakJ kata kat anak2.  Baca dan faham betul2.  Laut China Selatan ini lain dari pantai2 lain.  Tak seperti di pantai Selat Melaka.  Tu selat tp ni laut dalam.  Banyak bahayanya.

  
 Apa2 pun laut hari ni memang cool, tenang dan cetek.  Tu yang ramai orang.  Ada yang berehat dan ada yang mencari remis (spesis kerang).

 Pada yang teringin nak datang kesini, kemudahan penginapan seperti hotel dan chalet pun ada.  Google 'Paka' aje le. Pasti jumpa. Kalau tak jumpa, email aje, kat KakJ sedia membantu.  Ok lah sampai disini aje lah celoteh hari ni.  Hingga berjumpa lagi.  Salam.

Monday, July 19, 2010

Projek Baru

recycled bottle yang dah di makeup kan.
Decoupage project yang baru selesai buat petang td.. Finishing touch dia letak glitter mod podge.

******************************
Sebagai selingan layann lah gambar2 yang di ambil semasa bawa anak2 bercuti di PDickson cuti baru2 ini.. 


 kolam di  Residence Desa Lagoon Resort..

di Muzium kapal di Melaka..
 
 relax habis abg nie.. Penat!

menara yang bergerak.. menara taming sari, melaka.


pemandangan dari menara taming sari..

  
Subhanallah! cantik betul scenery dia..

Saturday, July 17, 2010

Salam Pengenalan..

Salam semua, sebenarnya sudah lama kak J nak buat blog ni, tapi kerana tiada ilmu nak membuatnya jadi telah tertangguh sejak setahun yang lalu.  Tunggu punya tunggu hari ni baru ada kesempatan dan dengan izin ALLAH s.w.t. jadilah blog yang telah direkacipta oleh anak perempuan tunggal yang duduk di asrama. (blk rumah on medical leave actually).  Dalam kurang sihat tu, tp kalau duduk depan computer bg aje lah kat dia.. tak makan tak apa.  Anyway thanks Mysara for yr effort and great work.

Dalam blog ni, kak J nak share sebahagian daripada hasil kerja yang telah dibuat dalam setahun ni.  Sebenarnya dah belajar buat decoupage lama dah dalam 3 tahun yang lepas.  Itu pun sempat belajar 1 project aje iaitu decoupage on tray.  Belajar thru the hard way iaitu sampai sandpaper 40 kali.  Hai letihnya dan terasa susah sangat tapi hasilnya berbaloi.  Sampai tak nampak kesan tampalan pun.  That was the first and the last.  Tapi tup tup tahun lepas rasa nak buat semula.  Tak ingat apa yang mencetuskan tapi rasa rasanya lah sebab duk mengadap depan computer hari hari dan google  internet.  Kek J banyak belajar di internet kat U-tube.  So sapa sapa nak belajar rajin rajin lah google.. apa apa aje asalkan tekun dan bersungguh.  Kadang kadang disebabkan minat bakat boleh diasah, macam kak J!

Itu bab decoupage.  Folkart pulak, tengok dalam net nak buat one stroke bunga ros Donna Dewberry.. geram tak terkira tengok dia buat.  Sampai nak terjojol biji mata tengok cara dibuatnya senangnya.  Tapi bila aje kita nak buat ya Allah payahnya, tangan keras macam kayu.  Kak J mana ada skill dan kebolehan nak lukis apa lagi pegang berus.  Try jugak lah mengodeh, ni dah kat setahun dah duk practice, practice,  Cat dah berapa banyak beli, tanya Na @ Raznacreation, dia tahu berapa banyak dah Kak J beli dengan dia.  Seriously, sempai sekarang dok leh (kecek Ganu bg 'tak boleh') jugok buat.  Kak J still practicing tak tahu lah bila boleh buat . hu ..hu... 

Dalam pada tu (dalam bulan Dec last year to be exact), kak J beli buku En Zahir 'Dekorasi Seni Lukis & Decoupage'.   Godeh punya godeh dapatlah buat.  Tu pun bukan semua cat yang digunakan En Zahir kak J ada, mix aje color.  Main agak2 color.

Ni lah hasil projek pertama yang kak J cuba dalam buku tersebut. Suami dan anak2 tak caye kak J boleh buat.  Kakak dan adik pun tak caye.  Hai kembangnya ari tu.  he he!  Bermula dari hari tu baru lah confident sikit nak mencuba yang lain lain. Kak J beli jugak buku Decorative Painting oleh Aniza, Norana & Zaitun.  Kak J cuba jugak tapi apa apa pun lebih baik berguru dari yang arif dan pakar.  So kak J pada bulan Jun yag lalu semasa cuti sekolah sambil bawak anak anak bercuti di Port Dickson, kak J ajaklah suami pergi KL jap pagi tu, call En Zahir nak belajar Folkart basic dan dan tu. Nasib baik En Zahir kata boleh.  Sepatutnya kena buat appoitment dulu.  Dugaan jugak masa nak pergi cari kedai En Zahir kat Amcorp PJ.  Kami manalah nak fasih PJ.  KL ok gak.  Berpusing2 berapa kali lah kawasan tu, akhirnya jumpe jugak dan timingnya as per sch.  Anak2 duduklah menangguk tunggu.  Nasib baik kat situ ada tempat makan, surau dan tempat duduk.  Si bongsu pas round2 habis satu shopping kompleks last last datang menangguk duduk tengok kak J melukis.  Budak2 boringlah, kita dah dapat bende kita nak apa lagi buat tak tahu lah.  Belajar lebih kurang 5 jam sampai pukul 7.00.  Kat situ jumpalah Shima of Qasehcreation.  Dia kata dia dah 10 sessions belajar.  Fuyoh! Orang nak ilmu tak kira datang dari jauh atau dekat. Cantiklah projek Shima buat. 


Ni adalah projek pertama bunga daisy kak J ngan En Zahir dan seterusnya bunga rose yang kat bawah ni.
 
Dalam terkial2 dengan brush stroke, dapat jugak buat dengan En Zahir tolong tolong adjust here and there. Bila dapat je buat ros tu, rasa satu macam perasaan happy sangat sangat, tersenyum memanjang sampai sebatu agaknya.  Cakap ngan En Zahir & Shima "akhirnya sampai jugak kaki ke sini dan belajar"  Puas hati sangat dapat belajar.  Sebahagian dari cita cita dah kesampaian. Tekad kak J akan pergi lagi belajar.  Masih banyak lagi yang perlu dpelajari.  Kat CreativeCottage ni banyak dijual barang2 craft.  Semua ada! Sediakan kan pitihnya aje.
  
Apa apa pun "Saya budak baru belajar"!

Ok lah setakat ni ajelah coloteh pengenalan dari kak J the new blogger.  Harapan agar dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dalam dunia craft atau apa apa aje.  

Sambil tu, layan lah gambar gambar dibawah.  Projek decoupage ada, paper projek ada, folkart ada and ribbon embroidery pun ada.