Saturday, July 17, 2010

Salam Pengenalan..

Salam semua, sebenarnya sudah lama kak J nak buat blog ni, tapi kerana tiada ilmu nak membuatnya jadi telah tertangguh sejak setahun yang lalu.  Tunggu punya tunggu hari ni baru ada kesempatan dan dengan izin ALLAH s.w.t. jadilah blog yang telah direkacipta oleh anak perempuan tunggal yang duduk di asrama. (blk rumah on medical leave actually).  Dalam kurang sihat tu, tp kalau duduk depan computer bg aje lah kat dia.. tak makan tak apa.  Anyway thanks Mysara for yr effort and great work.

Dalam blog ni, kak J nak share sebahagian daripada hasil kerja yang telah dibuat dalam setahun ni.  Sebenarnya dah belajar buat decoupage lama dah dalam 3 tahun yang lepas.  Itu pun sempat belajar 1 project aje iaitu decoupage on tray.  Belajar thru the hard way iaitu sampai sandpaper 40 kali.  Hai letihnya dan terasa susah sangat tapi hasilnya berbaloi.  Sampai tak nampak kesan tampalan pun.  That was the first and the last.  Tapi tup tup tahun lepas rasa nak buat semula.  Tak ingat apa yang mencetuskan tapi rasa rasanya lah sebab duk mengadap depan computer hari hari dan google  internet.  Kek J banyak belajar di internet kat U-tube.  So sapa sapa nak belajar rajin rajin lah google.. apa apa aje asalkan tekun dan bersungguh.  Kadang kadang disebabkan minat bakat boleh diasah, macam kak J!

Itu bab decoupage.  Folkart pulak, tengok dalam net nak buat one stroke bunga ros Donna Dewberry.. geram tak terkira tengok dia buat.  Sampai nak terjojol biji mata tengok cara dibuatnya senangnya.  Tapi bila aje kita nak buat ya Allah payahnya, tangan keras macam kayu.  Kak J mana ada skill dan kebolehan nak lukis apa lagi pegang berus.  Try jugak lah mengodeh, ni dah kat setahun dah duk practice, practice,  Cat dah berapa banyak beli, tanya Na @ Raznacreation, dia tahu berapa banyak dah Kak J beli dengan dia.  Seriously, sempai sekarang dok leh (kecek Ganu bg 'tak boleh') jugok buat.  Kak J still practicing tak tahu lah bila boleh buat . hu ..hu... 

Dalam pada tu (dalam bulan Dec last year to be exact), kak J beli buku En Zahir 'Dekorasi Seni Lukis & Decoupage'.   Godeh punya godeh dapatlah buat.  Tu pun bukan semua cat yang digunakan En Zahir kak J ada, mix aje color.  Main agak2 color.

Ni lah hasil projek pertama yang kak J cuba dalam buku tersebut. Suami dan anak2 tak caye kak J boleh buat.  Kakak dan adik pun tak caye.  Hai kembangnya ari tu.  he he!  Bermula dari hari tu baru lah confident sikit nak mencuba yang lain lain. Kak J beli jugak buku Decorative Painting oleh Aniza, Norana & Zaitun.  Kak J cuba jugak tapi apa apa pun lebih baik berguru dari yang arif dan pakar.  So kak J pada bulan Jun yag lalu semasa cuti sekolah sambil bawak anak anak bercuti di Port Dickson, kak J ajaklah suami pergi KL jap pagi tu, call En Zahir nak belajar Folkart basic dan dan tu. Nasib baik En Zahir kata boleh.  Sepatutnya kena buat appoitment dulu.  Dugaan jugak masa nak pergi cari kedai En Zahir kat Amcorp PJ.  Kami manalah nak fasih PJ.  KL ok gak.  Berpusing2 berapa kali lah kawasan tu, akhirnya jumpe jugak dan timingnya as per sch.  Anak2 duduklah menangguk tunggu.  Nasib baik kat situ ada tempat makan, surau dan tempat duduk.  Si bongsu pas round2 habis satu shopping kompleks last last datang menangguk duduk tengok kak J melukis.  Budak2 boringlah, kita dah dapat bende kita nak apa lagi buat tak tahu lah.  Belajar lebih kurang 5 jam sampai pukul 7.00.  Kat situ jumpalah Shima of Qasehcreation.  Dia kata dia dah 10 sessions belajar.  Fuyoh! Orang nak ilmu tak kira datang dari jauh atau dekat. Cantiklah projek Shima buat. 


Ni adalah projek pertama bunga daisy kak J ngan En Zahir dan seterusnya bunga rose yang kat bawah ni.
 
Dalam terkial2 dengan brush stroke, dapat jugak buat dengan En Zahir tolong tolong adjust here and there. Bila dapat je buat ros tu, rasa satu macam perasaan happy sangat sangat, tersenyum memanjang sampai sebatu agaknya.  Cakap ngan En Zahir & Shima "akhirnya sampai jugak kaki ke sini dan belajar"  Puas hati sangat dapat belajar.  Sebahagian dari cita cita dah kesampaian. Tekad kak J akan pergi lagi belajar.  Masih banyak lagi yang perlu dpelajari.  Kat CreativeCottage ni banyak dijual barang2 craft.  Semua ada! Sediakan kan pitihnya aje.
  
Apa apa pun "Saya budak baru belajar"!

Ok lah setakat ni ajelah coloteh pengenalan dari kak J the new blogger.  Harapan agar dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dalam dunia craft atau apa apa aje.  

Sambil tu, layan lah gambar gambar dibawah.  Projek decoupage ada, paper projek ada, folkart ada and ribbon embroidery pun ada.   





No comments: