Thursday, July 22, 2010

E-book

Sementara nak tunggu satu projek baru folkart divarnishkan, KakJ nak kongsi tentang hari penyampaian E-book kepada pelajar2 darjah lima bagi daerah Dungun di Sek Men Paka semalam, 22hb Julai.  Sebenarnya ia majlis 2 dalam 1.  Disamping E-book, juga diadakan  majlis penyampaikan Bantuan Pakaian Sekolah kepada keluarga yang layak. Ia disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Ahmad b Said.  Kira2 900 orang pelajar diiringi oleh ibu atau bapa masing2 naik kepentas untuk menerima E-book tersebut.  Kena beratur dan lamanya penantian, penatlah sikit tapi BERBALOI. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas niat untuk memperkasakan pendidikan anak2 negeri dan semoga matlamat untuk menjadikan Negeri Terengganu sebagai Anjung Ilmu terlaksana, Amin! Dipaparkan  sebahagian dari foto2 yang diambil semasa majlis tersebut.
Sebahagian dari pelajar dan ibu atau bapa masing2 yang menghadiri majlis penyampaian tersebut didalam dewan besar. Tu yang dalam dewan kira1000 orang.  Tapi kat luar sana duduk dalam canopy ada lagi.  Semuanya kira +- 3000 orang semuanya.  Ramainya...
Dif2 kehormat diatas pentas.
Tak nampak pulak gambar anak saudara Nurul Atiqah dan kak ipar ... jauh pulak.  Dah habis zoom ni. Yang kerusi kosong tu sebab tunggu giliran untuk naik ke pentas.

Sabarnya menunggu dan beratur!  Sebelum tidur dah pesan, ma kejutkan pukul 5.00 pagi Sya nak bangun awal.  Sampai KakJ siapkan breakfast pun tak nak makan - katanya dah kenyang.  Excited sangat!


Akhirnya masa yang di tunggu2 pun tiba.  Bukan main tersengeh lagi bergambar dengan YAB MB semasa diatas pentas.  Sambil pelok badan anak yang montel ni sempat lagi YAB MB pesan suruh belajar bersungguh2 dan berusaha dapatkan 5A dalam UPSR nanti.  Janji anak kapadanya 5A pasti boleh!, insyaALLAH.

Kepada pelajar2, YAB MB pesan jagalah E-book tu dengan baik dan menafaatkan ia untuk lebih berusaha dan seterusnya berjaya dalam pelajaran.

No comments: