Saturday, November 27, 2010

Hi! I'm back.....

Salam semua!  Dah lama KakJ tak update blog. Masa tak mengizinkan untuk berblog kerana dalam waktu2 itu banyaknya perkara2 terjadi.  Selagi kita hidup selagi itu lah kita di uji. Tapi yang pasti Allah uji kita mengikut kemampuan kita.







OK lets get back to our business, dua FA diatas adalah hasil kerja semasa belajar dgn sifu yang tak asing lagi En. Zahir baru2 ini.  Percaya tak KakJ buat tu?  He..he.. banyak yg cikgu tolong touch up sebenarnya.
Kena banyak practice sebenarnya.  Itu pun KakJ dapat belajar 2 sesi aje kerana masa tak mengizinkan.  Kalau lah duduk di KL, pasti tiap2 hujung minggu KakJ attend. Banyak lagi yang nak belajar bukan dengan dia aje... nanti kalau ada peluang nak jugak belajar dengan Mrs Lakshmi @ Shah Alam.



Ini pulak ribbon embroidery yang kakJ buat as a wedding present to my 2nd cousin. Hope she like it.

Saturday, August 7, 2010

Happy Birthday

Happy Birthday to my sweet sis Amy.  Wishing U all the best and may Allah bless you and family.

Thursday, August 5, 2010

Hi!

Salam and hello semua,  Dah 1 minggu KakJ tak berposting.  Biasalah sibuk dengan anak2.  Tapi dalam pada tu, KakJ tak lupa dengan my passion ni.  Walau sibuk mana pun KakJ cari jugak masa mencelah untuk buat sekurang2 nya satu projek.


  
Makanlah sarapan yang berkhasiat agar badan sihat dan minda cergas agar aktif berFA dan berdecoupage.

 Bukan 1 tapi 3 projek yang telah lama tergendala.  1 FA dan 2 decoupage projek. 

Hari ini KakJ happy sangat dapat menunaikan permintaan seorang rakan niaga yang aktif di Bandar Dungun iaitu Puan Masita Ibrahim of Hannisa Collection (menjual barangan hiasan dalaman) untuk meletakan barang2 creation KakJ dikedai beliau. So sesiapa kat Dungun yang berminat sila datang ke kedai beliau di Jalan Baru Pak Sabah.  Satu lagi ada jugak permintaan dari pemilik sebuah kedai Jahitan Sulaman pun ingin menjual barang2 kakJ.  Akan kakJ usahakan, insyaALLAH.  Okaylah kakJ  pamerkan barang2 yang dihantar ke kedai Puan Ita tadi termasuk barang2 diatas.





Wednesday, July 28, 2010

fence

Salam, dah berapa hari tak berposting.  Hari ni KakJ nak share projek memagar kolam ikan mini yg ada kat dalam rumah. Hari tu beli pagar putih, tengok togey aje.  So apa lg kakJ godehlah dgn cat yg ada.  Banyak cat dah nak habis.  Nampak gayanya kene lah order kat Na.   Hari ni kakJ nak officiate kedai  online.  Sapa2 yang interested, bolehlah pilih mana2 projek folkart or decoupage yang ada dalam blog ni untuk diorder.  Sila2 lah hantar email.  Insyallah kakJ akan usahakan.

Saturday, July 24, 2010

Vege Folkart

Today I'm posting a new folkart project as promised.  Ok tak as a beginner?  I pick up the design from En Zahir's book.  I don't possess a lot of colors actually but l just mix and play around with whatever colors that l have. Tomorrow I'm going to share with u another folkart that I have done today but yet to be vanished. Ok then see u tomorrow! Salam.

Thursday, July 22, 2010

E-book

Sementara nak tunggu satu projek baru folkart divarnishkan, KakJ nak kongsi tentang hari penyampaian E-book kepada pelajar2 darjah lima bagi daerah Dungun di Sek Men Paka semalam, 22hb Julai.  Sebenarnya ia majlis 2 dalam 1.  Disamping E-book, juga diadakan  majlis penyampaikan Bantuan Pakaian Sekolah kepada keluarga yang layak. Ia disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Ahmad b Said.  Kira2 900 orang pelajar diiringi oleh ibu atau bapa masing2 naik kepentas untuk menerima E-book tersebut.  Kena beratur dan lamanya penantian, penatlah sikit tapi BERBALOI. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas niat untuk memperkasakan pendidikan anak2 negeri dan semoga matlamat untuk menjadikan Negeri Terengganu sebagai Anjung Ilmu terlaksana, Amin! Dipaparkan  sebahagian dari foto2 yang diambil semasa majlis tersebut.
Sebahagian dari pelajar dan ibu atau bapa masing2 yang menghadiri majlis penyampaian tersebut didalam dewan besar. Tu yang dalam dewan kira1000 orang.  Tapi kat luar sana duduk dalam canopy ada lagi.  Semuanya kira +- 3000 orang semuanya.  Ramainya...
Dif2 kehormat diatas pentas.
Tak nampak pulak gambar anak saudara Nurul Atiqah dan kak ipar ... jauh pulak.  Dah habis zoom ni. Yang kerusi kosong tu sebab tunggu giliran untuk naik ke pentas.

Sabarnya menunggu dan beratur!  Sebelum tidur dah pesan, ma kejutkan pukul 5.00 pagi Sya nak bangun awal.  Sampai KakJ siapkan breakfast pun tak nak makan - katanya dah kenyang.  Excited sangat!


Akhirnya masa yang di tunggu2 pun tiba.  Bukan main tersengeh lagi bergambar dengan YAB MB semasa diatas pentas.  Sambil pelok badan anak yang montel ni sempat lagi YAB MB pesan suruh belajar bersungguh2 dan berusaha dapatkan 5A dalam UPSR nanti.  Janji anak kapadanya 5A pasti boleh!, insyaALLAH.

Kepada pelajar2, YAB MB pesan jagalah E-book tu dengan baik dan menafaatkan ia untuk lebih berusaha dan seterusnya berjaya dalam pelajaran.