Showing posts with label FA. Show all posts
Showing posts with label FA. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Lepas balik dari bengkel 1nita bersemangatlah sikit.  Lagi pun cuti sekolah tak lah sibuk mana.  Anak kedua pun hadir sama (belum layak lg jd ahli 1nita, kena 18 tahun keatas).  Dia yang banyak membantu membuat web guna wordpress spt yang dijar oleh sifu2 dari UKM, UTM dan .mydomainRegistry.

Layan ajelah ya.....Plaque kat bawah sekali tu ada dah yg book tp kalau ada sesiapa yang berkenan KakJ ok aje.. boleh buatkan.


T-shirt ni anak KakJ yang buat.




Recyled box.  Kotak ni KakJ ambik kat kedai buat frame.  Dia orang buang KakJ ambik aje lah. Banyak pulak 2.


Cubaan buat spinkle dgn berus gigi. Oklah jugak!








Serupa tapi tak Sama!

Cubaan lekatkan wooden pieces for 'Welcome' wording on top of the signage.  Lawa juga he..he.. (beli ngan Marina@Marcraf (sempat lg promo!), kenalah tolong menolongkan!.

Next week nak cuti2 malaysia he..he. kalau ada masa dlm bercuti tu insyallah akan pergi belajar dengan sifu2 FA kita.  Selamat berFA and take care!

Oklah I'll see U when I see you! 




Saturday, November 27, 2010

Hi! I'm back.....

Salam semua!  Dah lama KakJ tak update blog. Masa tak mengizinkan untuk berblog kerana dalam waktu2 itu banyaknya perkara2 terjadi.  Selagi kita hidup selagi itu lah kita di uji. Tapi yang pasti Allah uji kita mengikut kemampuan kita.







OK lets get back to our business, dua FA diatas adalah hasil kerja semasa belajar dgn sifu yang tak asing lagi En. Zahir baru2 ini.  Percaya tak KakJ buat tu?  He..he.. banyak yg cikgu tolong touch up sebenarnya.
Kena banyak practice sebenarnya.  Itu pun KakJ dapat belajar 2 sesi aje kerana masa tak mengizinkan.  Kalau lah duduk di KL, pasti tiap2 hujung minggu KakJ attend. Banyak lagi yang nak belajar bukan dengan dia aje... nanti kalau ada peluang nak jugak belajar dengan Mrs Lakshmi @ Shah Alam.



Ini pulak ribbon embroidery yang kakJ buat as a wedding present to my 2nd cousin. Hope she like it.