Friday, February 4, 2011

Dah lebih kurang 1 bulan KakJ tak update. Tak update blog tak semestinya tak tengok langsung blog member2. KakJ tetap follow hari2.  Cuma nak upload gambar tak berapa nak pandai.  Kena tunggu anak balik dari asrama barulah dia boleh tolong.  So to overcome this problem, KakJ suruh dia tulis step by step guide to upload gambar ke blog.  Kepada pengunjung yg setia dan sudi berkunjung, KakJ nak share aktiviti sepanjang bulan Jan yang lalu.








Sebahagian hasil kerja yang KakJ buat.  Semua guna round brush.  Ada lagi... tunggu... next change pulak ya.

Itu bab creative painting.  Nak kongsi gambar my tiny deco shop shared with my sis yg baru siap di renovate plus my own little seafood products shop (apalagi yang famous kat Terengganu ni kalau bukan dengan produk hasil lautnya khasnya keropok lekor dan keropok keping). Siapa2 yang sudi, bolehlah singgah....he..he..




Sebahagian gambar dari kedai deko.

Sudut kreatif katJ.


Kat bawah ni kedai hasil laut bersebelahan dengan kedai deko.


Oklah for the time being until then be happy sokmo! 


Friday, December 31, 2010


Kepada semua followers and viewers, KakJ ucapkan Selamat Tahun Baru dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi di dunia dan lebih berjaya di akhirat nanti. Amin...

1nita at KLCC Convention Centre

Ini adalah sebahagian dari aktiviti2 yang dilakukan semasa cuti baru2 ni.  Attended 1nita Carnival dan Perasmian MyIdeas @ Women kat KL Convention Centre baru2 ini. Seminar, Ceramah dr agensi2 kerajaan dan swasta pun ada, selama 2 hari.


Pendaftaran



Tiada dalam gambar, KakJ tengah bersalaman dengan Datin Seri Rosmah.


Sebahagian dari peserta2 dr seluruh Malaysia.

 
Terima kasih kepada Jutawan Internet, Irfan Khairi atas ilmu yang diberi.  Semoga Allah jua membalasnya.



Sebahagian dari gerai2 yang ada. 


Friday, December 17, 2010

Lepas balik dari bengkel 1nita bersemangatlah sikit.  Lagi pun cuti sekolah tak lah sibuk mana.  Anak kedua pun hadir sama (belum layak lg jd ahli 1nita, kena 18 tahun keatas).  Dia yang banyak membantu membuat web guna wordpress spt yang dijar oleh sifu2 dari UKM, UTM dan .mydomainRegistry.

Layan ajelah ya.....Plaque kat bawah sekali tu ada dah yg book tp kalau ada sesiapa yang berkenan KakJ ok aje.. boleh buatkan.


T-shirt ni anak KakJ yang buat.




Recyled box.  Kotak ni KakJ ambik kat kedai buat frame.  Dia orang buang KakJ ambik aje lah. Banyak pulak 2.


Cubaan buat spinkle dgn berus gigi. Oklah jugak!








Serupa tapi tak Sama!

Cubaan lekatkan wooden pieces for 'Welcome' wording on top of the signage.  Lawa juga he..he.. (beli ngan Marina@Marcraf (sempat lg promo!), kenalah tolong menolongkan!.

Next week nak cuti2 malaysia he..he. kalau ada masa dlm bercuti tu insyallah akan pergi belajar dengan sifu2 FA kita.  Selamat berFA and take care!

Oklah I'll see U when I see you! 




1nita.my


  1. Para peserta 1nita yg menghadiri bengkel 1nita di Universiti Malaysia Terengganu termasuklah kakJ pada 9-11 Disember baru2 ini.  
  2. For women entrepreneurs of SMEs seeking opportunities to expand their businesses online, Project 1nita could be the solution. Bloggers macam kita ni boleh lah daftar jadi ahli banyak faedah dan kelebihannya seperti sesiapa yang hadir dapat free domain. Nama domain kakJ ialah Manjadeko.my. Sila2lah jengok.  Tak perfect lg 2.... 
  3. For info, Carnival 1nita akan diadakan pd 21-22 Disember ini dirasmikan oleh YABerbahagia  Datin Paduka Seri Rosmah Mansur di KLConvention Centre.

Happy Birthday!

Selamat Hari Lahir kepada kakak yang tersayang, Kak Ruby!



Saturday, November 27, 2010

Hi! I'm back.....

Salam semua!  Dah lama KakJ tak update blog. Masa tak mengizinkan untuk berblog kerana dalam waktu2 itu banyaknya perkara2 terjadi.  Selagi kita hidup selagi itu lah kita di uji. Tapi yang pasti Allah uji kita mengikut kemampuan kita.







OK lets get back to our business, dua FA diatas adalah hasil kerja semasa belajar dgn sifu yang tak asing lagi En. Zahir baru2 ini.  Percaya tak KakJ buat tu?  He..he.. banyak yg cikgu tolong touch up sebenarnya.
Kena banyak practice sebenarnya.  Itu pun KakJ dapat belajar 2 sesi aje kerana masa tak mengizinkan.  Kalau lah duduk di KL, pasti tiap2 hujung minggu KakJ attend. Banyak lagi yang nak belajar bukan dengan dia aje... nanti kalau ada peluang nak jugak belajar dengan Mrs Lakshmi @ Shah Alam.



Ini pulak ribbon embroidery yang kakJ buat as a wedding present to my 2nd cousin. Hope she like it.